5 KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Biasanya kita sebagai first timer akan melakukan pelbagai kesilapan kecil yang kita sedar atau pun tidak termasuk makcik sendiri.

Untuk libatkan diri dalam simpanan emas atau pelaburan emas yang menguntungkan kita bukan setakat EMAS itu tetapi ILMU EMAS yang kita patut tahu. Itu yang membuatkan kita lebih untung.

Untuk memfungsikan emas tersebut kita kena juga perlu ada ilmu emas. Tersalah guna emas juga boleh buatkan kita rugi. Jadi, ia berkaitan dengan banyak mana ilmu yang kita semua tahu.

KESILAPAN PERTAMA

•Beli Emas Ikut Orang Tanpa Ilmu.

Bukan emas yang membuatkan kita kaya sepenuhnya tetapi ILMU kita tentang emas yang akan membuatkan kita lebih kaya.

Lagi tinggi ilmu lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana² pelaburan atau simpanan sekali pun.

Contoh, orang beli emas, kita pun beli. Tapi kita tak tahu macam mana nak memanfaatkan emas tersebut. Bila nak guna emas pun kita tak tau.

Apakah solusinya? Banyakkan membaca dan bertanya. Lebih² lagi jika nanti uols dah berada dalam group telegram nasihat emas makcik, baca semua posting yang dikongsi makcik dan senang² hati komen bertanya. In Shaa Allah makcik akan kongsikan informasi tentang emas terutama emas Public Gold. Dan juga perkongsian daripada guru-guru dan mentor emas makcik.

KESILAPAN KEDUA

•Tunggu Harga Emas Turun atau Murah Baru Nak Beli

Haa, uols familiar dengan kesilapan kedua ini? Selalu la jugak bila makcik ajak orang simpan emas, jawapan uols “Nanti tunggu harga emas turun, saya beli ye!”

Uols sebenarnya tidak akan faham bila harga emas rendah selagi uols belum buat belian pertama, sebab uols belum ada benchmark atau tanda aras tersendiri. Tiada siapa tahu ‘how low is low’ untuk harga emas di sesuatu masa.

Apa yang uols boleh buat, cuba beli emas pertama sekecil 0.5g atau 1g sebagai permulaan. Lepas itu barulah boleh monitor perkembangan harga emas sebab uols sudah ada tanda aras harga.

Price of Gold

Harga emas tak pernah murah uols.

KESILAPAN KETIGA

•Beli Emas Dengan Duit Yang Nak Digunakan Dalam Masa Terdekat

Ramai yang tanya “Untung ke..contoh kalau saya beli emas ni, bulan depan tiba-tiba saya nak guna duit saya jual emas saya?” Ianya semua bergantung kepada harga emas semasa. Dan mungkin akan rugi atas spread sekitar 5%-10%

Uols kena tahu, emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Jadi sekiranya uols ada duit yang di simpan untuk kegunaan kurang dari 1 tahun, tak perlu la ditukar kesemuanya kepada emas.

Sebaiknya, beli emas dengan duit yang memang kita khaskan untuk simpanan. Digalakkan menggunakan duit yang kita tidak gunakan sekurang²nya dalam tempoh masa 1 tahun. Ataupun alihkan sedikit pendapatan kita sebagai simpanan paksa dalam bentuk emas. Simpanan emas ini haruslah dilupa kan dalam radar kewangan uols.

Simpan dan Lupa

KESILAPAN KEEMPAT

•Beli Emas Paling Murah Tanpa Ambil Kira Kriteria Lain

Asal ada lelong je, pakat beli. Walhal uols tak tahu kredibiliti syarikat, kadar spread atau susut nilai, ketulenan, syarat² buyback dan sebagainya.

Selain harga, ada lagi kriteria lain yang perlu uols tahu sebelum beli emas untuk simpanan supaya uols dapat keuntungan yang optimum. Kriteria yang makcik sebut di atas adalah antara kriteria yang perlu uols ambil tahu dan tanya sebelum beli emas simpanan.

KESILAPAN KELIMA

•Buat Pinjaman Untuk Beli Emas

Pelaburan sebenarnya melabur menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan. Bukan dengan cara meminjam. Guna duit yang ‘idle’ di dalam bank, itulah yang terbaik. Daripada duit tersebut tidak digunakan dan dimamah inflasi, lebih baik dilaburkan dengan emas. Kalau tiada duit, cara duit dulu seperti berniaga. Pinjaman untuk beli emas, tidaklah digalakkan.

Sekiranya uols tidak ada duit ‘lump sum’ untuk membeli emas fizikal, uols boleh beli secara Syariah Easy Purchase Payment (SEPP). Atau beli sedikit-sedikit secara berkala.

TOLONG jangan buat loan.

Untuk dapatkan ilmu emas percuma join telegram Nasihat Emas Makcik

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Kami
Whatsapp Kami
Salam. Kami team Magical Gold Circle.
Mahu kami bantu langkah demi langkah pelaburan emas anda?