8 Rezeki Anda Yang Allah Sudah Tentukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Rupanya ada 8 jenis rezeki yang Allah dah tentukan

Makcik ada baca perkongsian dari Tuan Fahdi Ghazali…dia kata rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. Ada 7 perkara yang kita boleh buat untuk mendapat rezeki… Rezeki yang pertama tue memang Allah dah jamin… Memang Dia akan beri jer…Kita kena terima dengan redha setiap apa yang dah Allah beri pada kita… Jadi asbab Allah nak beri rezeki seperti di bawah:

1) Rezeki Yang Telah Dijamin.

Jangan sesekali rasakan diri kita kekurangan rezeki. Sebab sejak dalam kandungan lagi Allah dah jamin rezeki kita.

2) Rezeki Kerana Usaha.

Betul rezeki Allah dah jamin. Tapi.. kalau takde usaha, macam mana nak jemput rezeki kan? Jadi, usaha jangan putus ok..

3) Rezeki Kerana Bersyukur.

“Jika engkau syukur, akan Aku tambah nikmat”. Makin banyak kita syukur dengan nikmat Allah, makin banyak Allah akan tambah rezeki.

4) Rezeki Yang Tak Terduga.

Setiap apa yang kita lakukan, Allah akan berikan jalan keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

5) Rezeki Kerana Istighfar.

Penyebab rezeki kita terhalang adalah disebabkan dosa yang kita buat. Jadi, mohon ampun dengan Allah supaya Allah membuka pintu rezeki yang telah tertutup.

6) Rezeki Kerana Khawin.

Mereka yang khawin, Allah akan mencukupkan rezeki buat mereka. Nak kaya? Kahwin! 😍

7) Rezeki Kerana Anak.

Saat seorang bayi dilahirkan, saat itu juga akan membawa rezeki kepada keluarga tersebut.

8) Rezeki Kerana Sedekah.

Sifir Allah, 1-1=10. Bahkan boleh capai lebih daripada tu. Sedekah juga merupakan penawar kepada kemiskinan. Makin kita memberi, makin banyak Allah gandakan rezeki kita.

Masha Allah Tabarakallah… Bersyukur kah kita? Dapat bangun pagi nie pun rezeki kan uols… Jom kita perbaiki niat dan Matlamat hidup kita.. Nak jadi hamba Allah yang taat dan Khalifah yang beri manfaat… In Shaa Allah…

#nasihatemas #arifahnazrul #magicalgoldcircle

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Kami
Whatsapp Kami
Salam. Kami team Magical Gold Circle.
Mahu kami bantu langkah demi langkah pelaburan emas anda?