Assalamualaikum, Uols!
Izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Arifah Yanez Bt Yacob dan suami saya M Nazrul Bin Abdul Razak. Saya merupakan Authorised Master Dealer Public Gold yang sah PG00068582. Sangat aktif dalam berkongsi ilmu emas online dan offline.
Minat kami dalam dunia emas apabila memulakan langkah pertama sebagai seorang penyimpan emas pada 2016. Ketika itu, saya dan suami ada keinginan yang sangat tinggi untuk menyimpan emas. Tapi tak tahu nak simpan emas apa. Ya Syakur, Ya Fattah bukakan jalan untuk kami bertemu dengan Public Gold.
Kami bermula dari menyimpan 1 bulan 1 gram emas. Kemudian perlahan-lahan belajar tentang ilmu emas. Dan mengambil keputusan untuk mula berkongsi dan mendidik ramai pelanggan dan usahawan tentang kepentingan menyimpan emas di platform yang betul.
Biiznillah , visi kami, nak ramai orang celik tentang ilmu emas dan perak dan melahirkan ramai amazing jutawan emas. Kami doakan semoga kita semua capai segala impian dalam menguruskan kewangan dan semoga kita dipermudahkan perjuangan memberi manfaat kerana Allah Taala
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan tentang emas, boleh hantar soalan melalui ruangan hubungi saya.
Di Public Gold, kami dikenali sebagai #makcikpublicgold dan #abangpgmall.
Salam Keemasan,
Arifah Yanez & M Nazrul Razi
Founder Magical Gold Circle (MGC)
Co-Founder AmazingJE24K
Authorised Master Dealer Public Gold
PG00068582