Musuh Terbesar Kita Adalah Diri Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Musuh terbesar DIRI SENDIRI

Assalam uols… Hari ini kita nak cari siapa yang salah dalam menjadikan kita sebagai kita hari ini. Bila kita selalu menunding jari kearah yang lain, kita lupa ada jari lain yang menunding kearah kita balik. Jadi uols, kita lah yang harus dipersalahkan terhadap apa yang berlaku dalam diri atau hidup kita.

Resepi kehidupan yang makcik pegang sekarang

Peristiwa + RESPON= Hasil Kehidupan.

Jadi apa yang diri kita respon atau tindakan kita terhadap peristiwa yang berlaku akan menjadi keputusan atau kehidupan yang bakal kita lalui. Everything starts with US.

Sebab itu, makcik nak mengajak kita semua perbaiki diri kita untuk tidak menjadi mangsa diri kita sendiri. Apa yang kita boleh buat nak perbaiki diri, kunci utama konsisten atau istiqamah untuk berubah menjadi baik. Biar lambat janji jalan. Ada kesan atau perubahan yang diri kita rasa, bukan nak beri orang nampak, tapi nak kita rasa kesannya. Prof Muhaya kata, bila kita nak jadi baik, syaitan tidak suka, memang banyak la pancaroba yang akan kita lalui. Jadi kita sentiasa kena sentiasa cari ilmu, cari guru yang baik, jaga suasana, pilih kawan-kawan. In Shaa Allah, kita akan sentiasa senang dan tenang untuk menjadi lebih baik.

Sentiasa sedar diri, moga Allah Ya Muhaimin, melindungi kita dari menjadi mangsa diri sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca, 😊makcik doakan yang membaca dan share perkongsian ini Allah Ya Baari’ mengaturkan agenda yang baik dan menggembirakan buat uols. Aamiin. 😍

#nasihatemas #arifahnazrul #magicalgoldcircle

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp Kami
Whatsapp Kami
Salam. Kami team Magical Gold Circle.
Mahu kami bantu langkah demi langkah pelaburan emas anda?