Nak beli emas besar ke kecik?
Hi Uols! Pagi!
Ramai orang dalam di lema sama ada nak mula membeli seketul emas yang berat (100 gram ke atas) atau nak beli ketulan ketulan emas kecil (50 gram ke bawah) atau emas segram-segram.
Makcik cuba senaraikan pilihan-pilihan yang boleh dibuat sebagai PENYIMPAN EMAS. Uols boleh pilih mengikut kesesuaian diri uols.
PERTAMA pilih item yang berat sebab item yang berat mempunyai susut nilai atau spread nipis atau kecil, contoh jika uols ada RM27,000 pilih 100 gram seketul sebab spread lebih kecil sedikit berbanding 10 gram x 10 ketul. Bila spread kecil, dari segi pelaburannya, uols akan cepat balik modal dan untung.
Tetapi bagi usahawan atau peniaga-peniaga kecil yang selalu meggunakan emas untuk rolling bisnes dengan memajak emas, uols terpaksa pajak 100 gram sekaligus walaupun uols tak perlukan keseluruhan amaun untuk dijadikan modal pusingan. Sayangnya…
KEDUA pilih item 10 gram x 10 keping atau 50 gram 2 keping, spread agak besar sedikit utk 10 dan 50 gram seketul tetapi jika uols perlukan tunai, boleh dijual satu-satu ataupun pajak satu demi satu jika perlu modal untuk rolling bisnes.
Mana satu yang lebih baik ?
Jawapan hanya ada pada uols, pilih yang paling memenuhi tuntutan uols sebagai penyimpan.
Cuma makcik nak bagi tips sikit. Diversify ~ agihkan item emas yang nak disimpan dari yang kecil-kecil kepada yang besar-besar. Macam mana nak buat?
Sekiranya uols ada modal atau duit lebih yang idle dalam bank, uols boleh mulakan dengan item besar. Terutama jika belum ada keperluan dalam masa 3 tahun pertama penyimpanan. Kemudian tambah simpanan dengan item-item kecil seperti 1 Dinar atau 10 gram atau simpan gram dalam GAP.
Bagi yang takde modal besar, mula saja dengan item kecik-kecik seperti 1 Dinar atau mula saja kumpul gram melalui GAP, kumpul dengan konsisten dan target untuk item emas yang berat-berat.
In Shaa Allah lama-kelamaan bila kumpul-kumpul akan dapat agih-agihkan dalam berat yang berbeza-beza ikut keperluan.